Tarian Singa (
bahasa Cina: 舞獅;
pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam
adat warisan masyarakat
Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan
singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh
gong,
dram, dan dentuman
mercun yang dikatakan akan membawa tuah.